~~ joDoh
Hanya berserah pada Allah..
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
..wahai wanita..jangan kamu risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan..lirikan senyuman..pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita..yang meruntuhkan imannya..telah tercatat seungkap nama di Luh mahfuz untukmu..Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..Jika kau tetap di atas jalan yang diredhaiNya..InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama..
..Ya Allah..Jika dia benar untukku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku..temukanlah kami dalam suasana yang penuh barakah..Jika dia bukan ditakdirkan milikku..damaikanlah hatiku..hatinya jua..dengan ketentuan yang sudah tersurat olehMu..
..Ya Allah..Jika dia benar untukku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku..temukanlah kami dalam suasana yang penuh barakah..Jika dia bukan ditakdirkan milikku..damaikanlah hatiku..hatinya jua..dengan ketentuan yang sudah tersurat olehMu..
Doa Istikharah dalam mencari jodoh..
Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMu. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn."
1 comments:
like it sooo much!!!!!!!!!!!
Post a Comment